Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Monday, November 10, 2008

Sekitar Majlis Jamuan Penduduk Jalan Keindahan 15,16& 17 Taman Skudai Indah.

Sekitar Majlis Jamuan Penduduk Jalan Keindahan 15,16& 17.Ianya bertujuan untuk merapatkan lagi kejiranan antara penduduk setempat.

Mari-mari.....nizam dan faruk sedang mengipas ayam panggang......

Berehat sebentar....setelah penat membantu rakan-rakan menyiapkan hidangan...

Syukur,program ini berjaya....ramai jiran-jiran yang ambil bahagian..semuanya bergotong-royong menyediakan hidangan......

anak-anak pun gembira dapat makan dan berjumpa kawan-kawan.........

Jalil,pian dan jiran2 yg lain sibuk mengipas ayam panggang.......sedapnya....







MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA KRT

Kepada,

Semua Penduduk-Penduduk,
Taman Skudai Indah,
Skudai, Johor

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA KRT / JKK,
PENDUDUK-PENDUDUK,TAMAN SKUDAI INDAH,
SKUDAI, JOHOR.

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 18hb November 2007 ( Ahad )

Masa : 5.00 petang

Tempat : No.2,Jalan Keindahan 17, Taman Skudai Indah,
Skudai, Johor. ( Md Nizam Ahmad )

3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai

Sekian,terima kasih.

Lapuran kejadian dari KRT Taman Skudai Indah

Kejadian yang berlaku di Taman Skudai Indah
dIantaranya ialah :

1 kejadian pecah rumah ustaz yosree dalam bulan 9 tahun 2007
2 kecurian bateri lori en din di jln keindahan 17 pada malam hari dalam bulan 11 tahun 2007
3 kecurian bateri bas en kupusamy pada tengahari.
4 rumah en liew, pencuri memasuki halaman rumah dgn memanjat pagar rumah.
5 rompakan di rumah en hanafi di jln keindahan 15, pada waktu subuh.banyak brg hilang
6 rumah kedai - kecurian meter air
7 kes pelajar ponteng sekolah dan lepak di taman permainan
8 mat rempit, mabuk, berdua-duaan di tmn permainan siang dan malam terutamanya
kerana tiada lampu dikawasan tersebut.

SENARAI CALON JAWATANKUASA PENAJA KRT


SENARAI CALON JAWATANKUASA PENAJA KRT
TAMAN SKUDAI INDAH

PENGERUSI
FAZLI MD RASHID
012-7817047

TIMBALAN PENGERUSI
MD.NIZAM BIN AHMAD
019-7762725

SETIAUSAHA
ZAINURIN ABD RAHIM
019-7364801

PENOLONG SETIAUSAHA
MOHD. MAIZUSHAH BIN HJ. ISAM
019-7421006

BENDAHARI
HJ YOSREE BIN IKHSAN
019-7304200

PERJUMPAAN KEDUA PENDUDUK TAMAN SKUDAI INDAH

MINIT MESYUARAT

PERJUMPAAN KEDUA BIL. 2/2007

Tarikh : 25 November 2007 ( Ahad )
Masa : 5.00 Petang
Tempat : No.12, Jalan Keindahan 8,
Taman Skudai Indah,
Skudai, Johor
( Rumah En Rosli Abd Hamid)


Yang Hadir :

Lebih kurang 17 orang wakil penduduk Taman Skudai Indah hadir dalam perjumpaan kedua ini.

1.0 AGENDA MESYUARAT

1.1 Perbincangan Giliran Rondaan Pada Setiap Malam perlu komitmen semua pemduduk.

1.2 Cadangan Kutipan Yuran Setiap Bulan bagi setiap penduduk bagi membeli barang keperluan rondaan.

1.3 Perbincangan isu kecurian yang sering berlaku dan langkah mengatasinya.

2.0 PENUTUP

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 6.55 petang.

Disediakan oleh :
Mohd. Maizushah bin Hj Isam

PERJUMPAAN PERTAMA PENDUDUK TAMAN SKUDAI INDAH

MINIT MESYUARAT

PERJUMPAAN PERTAMA BIL. 1/2007

Tarikh : 18 November 2007 ( Ahad )
Masa : 5.00 Petang
Tempat : No.2, Jalan Keindahan 17,
Taman Skudai Indah,
Skudai, Johor
( Rumah En Nizam bin Ahmad)


Yang Hadir :

Lebih kurang 60 orang penduduk Taman Skudai Indah terdiri dari pelbagai kaum hadir dalam perjumpaan pertama.


1.0 AGENDA MESYUARAT

1.1 Melantik Seorang Ketua bagi setiap blok atau jalan.

1.2 Perbincangan Waktu Rondaan Pada Setiap Hari.

1.2.1 Bermula rondaan pada jam 2 pagi hingga 4 pagi ( Syif Pertama )
Dan 4 pagi hingga 6.00 pagi ( Syif Kedua )

1.2.2 Rondaan Mengikut Jalan masing-masing.

2.0 PENUTUP

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 6.45 petang.

Disediakan oleh :
Mohd. Maizushah bin Hj Isam

Majlis Marhaban Raya 1429H

Alhamdulillah,sambutan dari kariah amat menggalakkan.Ini kali pertama diadakan majlis tersebut.

Hari Pertama ,sebanyak 7 buah rumah ambil bahagian.

Mohon Sumbangan Derma Pembinaan Surau Taman Skudai Indah

Assalamualaikum WRT.,
Jawatankuasa Surau Taman Skudai Indah, Johor Bahru, amat mengalu-alukan sumbangan derma bagi menambah dana pembinaan surau yang dijangka dibina di tapak yg disediakan disebelah taman permainan kanak-kanak.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pengerusi/setiausaha/bendahari/ajk yang dilantik.

Makluman :

Ahli Kariah Taman Skudai Indah digalakkan untuk bersama-sama ajk pada setiap hujung bulan malam sabtu selepas isyak bertempat di No. 2, Jln Keindahan 17,Taman Skudai Indah, 81300 Johor Bahru, Johor untuk mendengar perkembangan terkini pengumpulan dana pembinaan surau Taman Skudai Indah.

Semoga pertemuan tersebut akan menambahkan kemesraan dan kekuatan ikatan ukhuwah sesama kita.

Amin.....