Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, June 3, 2011

Saham Akhirat

Sumbangan Dana Pembinaan Surau Taman Skudai Indah,Skudai,Johor.


Tuan/Puan Boleh Membuat Sumbangan Terus ke Akaun Bank Muamalat: 0108-0000-5057-10 (Surau Taman Skudai Indah) atau boleh disalurkan terus ke Bendahari Taman ( En.Zainal 017-7181931.) Semoga sumbangan Ikhlas ini, diberkati oleh Allah swt.
Sekian,terima kasih.

Tuesday, May 11, 2010

Dugaan dan cabaran menambahkan rasa nikmat.




* Dipetik dari laman web www.motivasibelajar.com*

Posted by Osman Affan

HujanBeberapa hari lalu, ketika mengisi minyak kereta, tiba-tiba hati saya terasa sangat-sangat sayu, gembira dan kemudian bersyukur. Mengapa? Ia kerana tiba-tiba sahaja saya teringat ketika saya diduga dengan kesempitan wang dan tidak mampu mengisi minyak kereta. Saya juga teringat pengalaman basah kuyup di dalam hujan ketika menunggang motosikal dan berhenti di stesen minyak untuk berteduh dan mengisi minyak motor.

Kemudian, ketika berhenti seketika di sebuah restoran untuk membeli makanan, semasa hendak membayar harga makanan tersebut, sekali lagi perasaan sayu, gembira dan bersyukur ini memenuhi hati dan perasaan saya. Ini kerana saya tiba-tiba teringat semasa mula-mula diduga dengan masalah kesempitan wang hingga sebungkus nasi juga kelihatan terlalu mahal.

Hujan Sekali lagi, ketika saya singgah di salah sebuah kedai buku MPH bagi membeli buku, perasaan sayu, gembira dan bersyukur menguasai diri saya. Saya teringat satu ketika beberapa tahun dahulu di mana saya sedang berdiri di sebuah kedai buku di Terengganu sambil memegang sebuah ‘note pad’ berharga RM1.30. Saya berdiri selama beberapa minit sambil memegang note pad itu kerana saya cuba fikirkan sama ada saya perlu dan patut beli note pad tersebut. Harganya kelihatan agak besar bagi saya ketika itu yang baru gagal dalam beberapa perniagaan.

Perkara ini membuat saya sedar tentang satu perkara yang sangat penting. Semua pengalaman berkaitan dugaan dan cabaran yang pernah saya alami ini sebenarnya menambahkan nikmat terhadap apa yang saya ada sekarang. Aktiviti membeli sebungkus nasi dan sebuah buku yang mungkin kelihatan remeh itu juga boleh menjadi satu perkara yang sangat hebat dalam hidup seharian saya. Saya ada terfikir, adakah dugaan yang Allah berikan kepada kita selama ini adalah untuk menambahkan lagi rasa nikmat yang bakal kita kecapi satu hari nanti?

Saya percaya ia benar. Jadi, jika ia benar,

* Setiap kali kita ditimpa kesusahan dan cabaran, tidak perlulah kita merungut, mengeluh, menuding jari dan bersedih lagi.
* Setiap kali kita mengalami pengalaman yang tidak diingini, bolehlah kita rasa yakin bahawa kita akan mengecap satu nikmat yang sangat hebat satu hari nanti.
* Setiap kali kita gagal dalam perniagaan atau peperiksaan, bolehlah kita mula rasa seronok dan berangan-angan dengan nikmat kejayaan yang bakal kita perolehi nanti.
* Semakin besar dugaan dan cabaran yang kita alami, semakin besarlah juga kejayaan dan kenikmatan yang akan kita rasai satu hari nanti.

Selamat menikmati kejayaan dan kegembiraan yang bakal kita perolehi satu hari nanti. :)

Friday, October 16, 2009

Salam syawal,

Lama aku tak update blog ni,maklumlah sibuk sikit...sebelum syawal berakhir,aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri,maaf zahir batin kepada semua.

Malam ni jumaat 16/10/09, lepas solat isyak,ahli khariah jalan keindahan 16 & 17 akan mengadakan majlis marhaban,semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi siratulrahim diantara penduduk.
Amin.

Monday, July 13, 2009

KUNCI-KUNCI REZEKI

Istighfar dan Taubat

Takwa

Tawakkal kepada Allah

Beribadah sepenuhnya kepada Allah

Melanjutkan Haji dengan Umrah

Silaturrahim

Infak di Jalan Allah

Berinfak kepada Penuntut Ilmu Syari' sepenuhnya

Berbuat baik kepada Orang-orang yang Lemah

Hijrah di Jalan Allah

Terdiri dari Kesimpulan Bahasan dan Pesan

Friday, March 20, 2009

Pondok KRT Zon C ( Rumah 50K )


Pondok KRT Zon C -Perumahan 50K.Pondok ini dibina secara gotong royong sesama penduduk.Ianya juga berfungsi sebagai tempat anak-anak penduduk menunggu van/bas sebebum kesekolah.

Monday, February 23, 2009

Tazkirah di Taman Skudai Indah....



Tazkirah di rumah Ustaz Iskandar pada hari Ahad
22/2/2009 jam 12 tengahari.
Penceramah jemputan : Ustaz Zahazan Mohamed.